Assalamualaikum..... Salam Ramadhan Al Mubarak
Search This Blog
Wednesday, August 25, 2010
Tuesday, August 24, 2010
Fatwa Pengharaman Rokok
''Dan janganlah kamu mencampakkan diri kamu ke dalam kebinasaan''
Antara Fatwa merokok itu HARAM ialah:-
* Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Hal Ehwan Islam Malaysia kali ke 37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 di Kuala Lumpur.
* Fatwa yang termasyur di seluruh dunia iaitu Al-Marhum Mufti Saudi, Syeikh Abdul Aziz bin Baaz
* Fatwa Al-Azhar terdahulu iaitu Syeikh Abdullah Al-Masyd (Ketua Lembaga Fatwa Azhar), Dr. Ahmad Umar Hashim (Naib Canselor Al-Azhar) dan lain lain.
10 SEBAB MENGAPA ISLAM MENGHARAMKAN ROKOK
1. Rokok menjejaskan akal (mental)
2. Rokok membahayakan kesihatan fizikal
3. Rokok membahayakan keselamatan diri dan orang lain.
4. Rokok membahayakan keturunan
5. Rokok mengganggu manusia lain.
6. Rokok menimbulkan akhlak buruk
7. Rokok mensia-siakan waktu hidup
8. Rokok bercanggah dengan maruah Islam
9. Rokok membazirkan harta (wang)
10.Rokok mengandungi dadah (nikotin dan arak)
: Kandungan Berbahaya Dalam Rokok ::
"Setiap Sedutan Membawa Padah"
Setiap batang rokok yang dinyalakan akan mengeluarkan lebih 4 000 bahan kimia beracun yang membahayakan dan boleh membawa maut. Dengan ini setiap sedutan itu menyerupai satu sedutan maut. Di antara kandungan asap rokok termasuklah bahan radioaktif (polonium-201) dan bahan-bahan yang digunakan di dalam cat (acetone), pencuci lantai (ammonia), ubat gegat (naphthalene), racun serangga (DDT), racun anai-anai (arsenic), gas beracun (hydrogen cyanide) yang digunakan di "kamar gas maut" bagi pesalah yang menjalani hukuman mati, dan banyak lagi. Bagaimanapun, racun paling penting adalah Tar, Nikotin dan Karbon Monoksida.
Tar mengandungi sekurang-kurangnya 43 bahan kimia yang diketahui menjadi penyebab kanser (karsinogen). Bahan seperti benzopyrene iaitu sejenis policyclic aromatic hydrocarbon (PAH) telah lama disahkan sebagai agen yang memulakan proses kejadian kanser.
Nikotin, seperti najis dadah heroin, amfetamin dan kokain, bertindak balas di dalam otak dan mempunyai kesan kepada sistem mesolimbik yang menjadi punca utama penagihan. Sindrom ketagihan terhadap nikotin yang ditunjukkan dengan gejala gian, tolerans dan tarikan, adalah mungkin lebih hebat berbanding najis dadah. Malah daripada kajian saintifiknya nikotin itu juga sejenis najis dadah, sepertimana yang telah diiktiraf oleh dunia perubatan. Seseorang yang kehabisan rokok kadangkala berkelakuan seperti mengalami gangguan akal dan dalam keadaan yang amat tertekan sekali. Oleh itu terlalu sukar untuk sesiapa yang telah terjerat dengan ketagihan merokok, meninggalkan tabiat itu untuk selamanya, kecuali dengan ikhtiar yang serius dan kehendak Allah jua.
Nikotin turut menjadi punca utama risiko serangan penyakit jantung dan strok. Hampir satu perempat mangsa pesakit jantung adalah hasil punca dari tabiat merokok. Di Malaysia, sakit jantung merupakan menyebab utama kematian sementara strok adalah pembunuh yang keempat.
Karbon Monoksida pula adalah gas beracun yang biasanya dikeluarkan oleh ekzos kenderaan. Gas ini menjejaskan bekalkan oksigen ke tisu-tisu hingga ianya menjadi terencat dan akhirnya boleh menyebabkan maut sekiranya paras karbon monoksida di dalam badan melebihi 60%.
Apabila racun rokok itu memasuki tubuh manusia ataupun haiwan, ianya akan membawa kerosakkan pada setiap organ disepanjang laluannya, iaitu bermula dari hidung, mulut, tekak, saluran pernafasan, paru-paru, saluran penghazaman, saluran darah, jantung, organ pembiakan, sehinggalah ke saluran kencing dan pundi kencing, iaitu apabila sebahagian dari racun-racun itu dikeluarkan dari badan.
Kesan Asap Rokok Kepada Si Perokok Dan Orang Disekeliling
Si perokok bukan sahaja perlu bertanggungjawab pada diri sendiri tetapi turut bertanggung jawab pada orang disekeliling akibat daripada bahaya asap rokok. Asap rokok yang dihidu oleh perokok atau mereka yang berada di sekelilingnya, akan memasuki rongga mulut dan hidung melalui kerongkong ke paru-paru. Kandungan asap rokok akan menyebabkan kerosakan tisu di sepanjang perjalanan di ruang ini. Ia boleh menyebabkan pelbagai penyakit di mulut, kerongkong, paru-paru dan barah. Asap akan melalui saluran pernafasan ke dalam paru-paru dan merosakkan saluran bronkus, menyebabkan bronkitis, penyakit di bahagian paru paru. Ia juga akan merosakkan pundi udara dalam paru-paru (alveoli) dan menyebabkan penyakit emfisima.
Asap rokok yang dihidu juga akan melalui saluran penghadaman dan pencernaan, yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit di bahagian esofagus, perut dan pankreas.
Racun dalam asap rokok yang larut air akan memasuki sistem saluran darah dan dibawa ke seluruh badan. Bahan nikotin, bukan saja memberi sifat ketagihan, malah menyebabkan saluran darah arteri menjadi sempit. Ia juga merosakkan dinding arteri dan akan memudaratkan organ berkaitan.
Kesan ini, dalam jangka panjang, akan menyebabkan simptom kebas pada kaki, jari, migrain, sakit kepala, pedih ulu hati, kekejangan otot kaki, serangan penyakit jantung dan sebagainya.
Racun rokok akhirnya disaring dalam buah pinggang dan dihapuskan dari badan melalui air kencing. Dalam proses ini pula, berlaku satu lagi keracunan hasil penguraian kimia asap rokok yang turut merosakkan buah pinggang. Racun dalam air kencing juga menyebabkan kerosakan pundi kencing.
Racun akibat merokok juga mempunyai kesan tindak balas terhadap ubat-ubatan. Secara umum diketahui merokok boleh menjejaskan fungsi beberapa kumpulan enzim di hati dan ada kalanya ia boleh memperhebatkan kesan sampingan sesuatu ubat itu.
Kesan Asap Rokok Terhadap Isteri Perokok Adalah:
- Melahirkan bayi yang kurang berat badan
- Melahirkan bayi yang tidak cukup bulan
- Lebih terdedah kepada kanser
- Mengurangkan kesuburan dan putus haid awal
Kesan Asap Rokok Terhadap Anak Perokok:
- Lebih mudah mendapat lelah
- Mendapat jangkitan paru-paru
- Pertumbuhan paru-paru kanak-kanak terganggu
- Mudah menjadi perokok apabila dewasa kelak
Statistik Kematian Akibat Tabiat Merokok
Di Malaysia, merokok menyumbang kepada lebih 10,000 kematian setahun; 30 peratus daripadanya disebabkan 10 jenis kanser, iaitu paru-paru, mulut, esofagus, tekak, pankreas, pundi kencing, buah pinggang, serviks, kolon dan perut, 50 peratus kematian berpunca daripada sakit jantung dan strok dengan pecahan 25 peratus masing-masing.
Menurut Dr Sallehudin, lebih 100,000 perokok dimasukkan ke hospital kerajaan di seluruh negara akibat sakit jantung, kanser dan penyakit sekatan pulmonari kronik (COPD) dan lebih penting, negara mengalami kerugian kira-kira RM20 bilion setahun bagi menanggung kos rawatan dan kehilangan produktiviti.
Faedah Berhenti Merokok
- Dapat menghindari racun
- Dapat melindungi diri, keluarga dan orang lain daripada bahaya merokok
- Menjadi teladan yang baik kepada anak-anak
- Dapat meningkatkan kecergasan serta memiliki tubuh yang sihat
- Meningkatkan deria rasa dan bau
- Gigi lebih putih dan nafas lebih segar
- Dapat mengelakkan budaya membazir dengan menggunakan wang untuk membeli rokok kepada tujuan yang lebih baik dan bermanfaat.
Gunakan Kaedah Yang Betul Untuk Berhenti Merokok
- Tetapkan tarikh untuk berhenti merokok
- Yakinkan diri
- Buat nota peringatan
- Katakan pada diri anda, "Aku bukan perokok"
- Tumpukan pada hari ini
- Sentiasa berfikiran positif
- Dapatkan sokongan
- Lawan keinginan untuk merokok
- Gunakan Terapi atau rawatan yang sesuai
- Amalkan Petua 10 M untuk berhenti merokok
Note: Sumber Rujukan
- Pusat Racun Negara, USM Official Website
- Kementerian Kesihatan Malaysia Official Website
- Institut Kefahaman Islam Malaysia Official Website IKIM Dalam Media Berita Harian
Tanda-tanda Kecil Hari Kebangkitan
Didapati kini bahawa seluruh tanda-tanda kecil telah muncul dan terbukti seperti yang dinyatakan dalam hadith. Kebanyakan hadis-hadis ini dapat ditemukan di dalam Saheh Bukhari, Saheh Muslim dan Riwayat at-Tarmizi
- Penaklukan Baitulmuqaddis
| “ | Dari Auf b. Malik r.a., katanya, "Rasulullah s. a. w. telah bersabda:"Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat." Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." - Sahih Bukhari[1] | ” |
| “ | "Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." - Sahih Muslim | ” |
| “ | Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka."Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) wanita" - Ibnu Majah | ” |
| “ | Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid" - Riwayat Nasai. | ” |
| “ | Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga." - Riwayat Ahmad dan Hakim | ” |
- Ramai orang menuntut ilmu kerana pangkat dan kedudukan
- Ramai orang soleh dan para alim ulama' meninggal dunia
| “ | Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama dimuka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran - Riwayat Ahmad | ” |
| “ | Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka'(orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia" - Riwayat Thabrani | ” |
| “ | "Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." - Riwayat Ahmad | ” |
- Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang
| “ | Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. "Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang." | ” |
- Bulan sabit kelihatan besar
| “ | Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit." - Riwayat Thabrani | ” |
- Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita
| “ | Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu" - Sahih Muslim | ” |
- Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar
| “ | Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar" - Riwayat Ahmad | ” |
- Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai
| “ | Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai." - Sahih Muslim | ” |
- Banyaknya sifat bohong dan ia menjadi perkata biasa
| “ | Banyaknya sifat bohong, pendeknya waktu, dekatnya jarak-jarak antara pasar-pasar." - Riwayat Bukhari | ” |
- Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda
| “ | Pada akhir zaman akan muncul suatu kaum yang mencelupi rambut mereka dengan warna hitam seperti 'bulu merpati' yang mereka itu tidak akan mencium bau syurga." - Sahih Abu Daud & Nasai |
( علامات الساعة الكبرى ) Tanda-tanda Besar Hari Kebangkitan
- Keluar sejenis binatang dari perut bumi yang digelar Dabbatul Ardhi.
- Lahirnya dajjal la'natullah
- Keluar asap tebal.
- Munculnya Imam Mahdi
- Turunnya Nabi Isa A.S ke dunia
- Matahari terbit dari ufuk barat.
- Keluarnya Yakjuk dan Makjuk membuat kerosakan di muka bumi
- Diangkat al-Quran dan perkara-perkara yang baik
- Runtuhnya Ka'abah
- Terdengar tiupan sangkakala pertama.
- Ada azan tak di jawab
- 3 kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat, dan yang ketiga di Semenanjung Arab.
Kelebihan Bulan Ramadhan Berbanding Bulan-Bulan Lain
1. Disyari’atkan Ibadah Puasa
Bulan Ramadhan merupakan bulan yang penuh dengan keberkatan yang mana pada bulan ini disyari’atkan Ibadah yang amat mulia di sisi Allah, iaitu puasa. Sabda Rasulullah yang bermaksud:
“Telah tiba kepada kamu bulan Ramadhan, iaitu bulan yang penuh keberkatan. Allah telah mewajibkan ke atas kamu agar berpuasa pada bulan itu.”
-Hadith Riwayat Imam Ahmad dalam Musnad Imam Ahmad, Hadith no:9133-
2. Bulan Al-Quran Diturunkan
Kalamullah Al-Quran telah diturunkan pada bulan ini. Seluruh Umat Islam beriman bahawa Al-Quran merupakan kitab yang menjadi petunjuk bagi sekalian hamba Allah untuk membezakan antara kebenaran dan kebatilan. Firman Allah yang bermaksud:
“(Kamu diwajibkan berpuasa) pada bulan Ramadhan yang mana diturunkan Al-Quran pada bulan itu. (Al-Quran itu) menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan juga membawa keterangan yang menjelaskan petunjuk dan perbezaan antara yang benar dengan yang salah”.
-Al-Baqarah:185-
3. Pintu Syurga Terbuka Luas
Pada bulan Ramadhan yang penuh berkat ini juga pintu syurga dibuka seluas-luasnya bagi mereka yang beriman dan taat kepada perintah Allah. Bahkan, Allah melimpahkan pelbagai ganjaran pahala kepada Hamba-Nya yang menjadi penyebab memudahkan mereka masuk ke syurga. Sabda Rasulullah yang bermaksud:
“Apabila datang bulan Ramadhan, pintu-pintu syurga akan dibuka”
-Hadith Riwayat Al-Bukhari dalam Sahih Al-Bukhari4. Pintu Rahmat (Belas Kasihan) Terbuka Luas
Pada bulan Ramadhan pintu-pintu Rahmat dibuka. Allah meluaskan Rahmat-Nya agar menaungi seluruh hamb-hamba-Nya yang tekun berIbadah dan taat kepada-Nya dengan memberi ganjaran pahala yang berlipat kali ganda. Sabda Rasulullah yang bermaksud:
“Apabila tiba bulan Ramadhan maka pintu-pintu Rahmat dibuka”
-Hadith Riwayat Muslim dalam Sahih Muslim, Kitab Al-Shiyam, Hadith No:1079
5. Pintu Langit Terbuka Luas
Allah membuka pintu langit selua-luasnya pada bulan Ramadhan yang mulia ini untuk menurunkan limpahan Rahmat-Nya kepada sekalian hamba-hamba-Nya serta segala amalan-amalan berbentuk ketaatan kepada-Nya akan naik secara terus kepada-Nya. Sabda Rasulullah yang bermaksud:
“Apabila masuk bulan Ramadhan, pintu-pintu langit dibuka”
-Hadith Riwayat Al-Bukhari dalam Sahih Al-Bukhari, Kitab Al-Shaum, Hadith No:1899-
6. Pintu-pintu Neraka Ditutup
Pintu-pintu neraka ditutup serapat-rapatnya pada bulan Ramadhan. Ia menunjukkan bahawa pada bulan Ramadhan yang mulia ini hamba-hamba Allah yang tekun berIbadah dan menurut segala perintah-Nya terlindung daripada dorongan untuk melakukan perbuatan-perbuatan terlarang yang boleh menjadi penyebab untuk mereka dicampakkan ke dalam api neraka. Sabda Rasulullah yang bermaksud:
“Apabila masuk bulan Ramadhan, pintu-pintu langit dibuka dan pintu-pintu neraka jahanam ditutup”
-Hadith Riwayat Al-Bukhari