Assalamualaikum..... Salam Ramadhan Al Mubarak

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh ...Semoga terdiri dari kalangan mukmin yang bertaqwa dan senantiasa dalam rahmat serta keberkatan Allah SWT.

Search This Blog

Wednesday, June 15, 2011

Solat2 Sunat

Solat Tahiyyatul Masjid

Solat Tahiyatul masjid ialah solat dua rakaat yang

dilakukan apabila seseorang memasuki masjid.

Solat Tahiyatul masjid boleh dilakukan pada bila-bila

masa.

Bertujuan untuk:

1.Menghormati masjid kerana tempat ibadat.

2.Memuliakan masjid kerana masjid adalah rumah

Allah.

3.Memupuk sifat rendah diri dan beradab pada

masjid.

Cara mendirikan solat Tahiyatul Masjid adalah sama

dengan solat sunat yang lain kecuali niatnya.

Lafaz Niat:

"Sahaja aku solat sunat Tahiyatul Masjid dua rakaat

kerana Allah".

Solat Rawatib

Solat sunat Rawatib ialah solat sunat dua rakaat yang

didirikan bagi mengiringi solat fardu.

Solat sunat Rawatib yang paling utama ialah solat

sunat dua rakaat sebelum fardu subuh.

Terdapat juga solat-solat sunat Rawatib yang

digalakkan.

Antaranya:

1.Sebelum dan sesudah solat fardu zuhur

2.Sebelum solat fardu asar

3.Sesudah solat fardu maghrib

4.Sebelum dan sesudah fardu isyak.

Solat2 Sunat Yang Lain

Antara solat-solat sunat ialah:

1.Solat sunat Tahajjud dilakukan 2 hingga 12 rakaat

secara berseorangan atau berjemaah

2.Solat sunat Hajat dilakukan 2 hingga 12 rakaat

secara berjemaah atau berseorangan

3.Solat sunat Istikarah dilakukan 2 rakaat secara

berseorangan

.Solat sunat Dhuha dilakukan 2 hingga 12 rakaat

secara berjemaah atau berseorangan

5.Solat sunat Witir dilakukan 1 hingga 21 rakaat

secara berjemaah atau bersendirian.

Kebaikan Mengerjakan Solat Sunat:

1.Menampung kekurangan yang berlaku dalam

solat fardu

2.Membentuk sifat ihsan dalam diri

3.Memantapkan keimanan dan ketakwaan kepada

Allah S.W.T.

No comments: