Assalamualaikum..... Salam Ramadhan Al Mubarak

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh ...Semoga terdiri dari kalangan mukmin yang bertaqwa dan senantiasa dalam rahmat serta keberkatan Allah SWT.

Search This Blog

Wednesday, September 29, 2010

Institusi Masjid dan Peranannya

Masjid merupakan institusi yang sangat penting bagi memajukan serta membangunkan umat islam serta menegakkan tamadun islam....

Takrif Masjid
  • Berasal daripada perkataan arab ''sajada'', ''yasjudu'', ''sujudan'' yang membawa erty tunduk bersujud
Dalam konteks pengunaannya;
  • sesuatu kawasan yang mempunyai bangunan diperbuat daripada kau atau batu tetapi dikhaskan dan diniatkan untuk dijadikan masjid maka demikian ia menjadi masjid
  • bangunan orang Islam sujud ketika sembahyang, dalam erti kata lain, masjid merupakan bangunan rasmi untuk umat islam melaksanakan kegiatan ibadah yang buasanya mempunyai mimbar, mihrab, menara dan sebagainya
  • suatu binaan yang digunakan untuk solat jemaah, solat Jumaat, beriktikaf dan mempunyai kehormatan tertentu


Ciri-ciri masjid
  • Binaan yang digunakan untuk melakukan ibadah khususiyyah seperti solat, membaca al-Quran dan lain-lain kegiatan agama yang dibenarkan agama Islam

Konsep utama masjid
  • suatu bunaan yang dkhususkan kepada umat islam bagi melaksanakan ibadah
  • istimewa kerana umat islam berkewajipan untuk datang ke masjid sekurang-kurangnya sekali seminggu untuk menunaikan solat jumaat
  • nadi pembangunan masyarakat islam duniawi dan ukhrawi
  • sebagai tempat penyebaran ilmu, tempat bermuzakarah dan bermesyuarat dan majlis akad nikah dan sebagainya
  • syiar agama islam

Falsafah Masjid
  • mengukuhkan hubungan manusia dengan tuhan sekalian alam serta hubungan sesama persekitaran
  • meninggikan syiar islam serta menghapuskan kemunkaran dan kesyirikan
  • menyatupadukan umat tanpa mengira bangsa dan budaya serta mempertautkan ummah yang berpecah
  • mengajak manusia kepada ketakwaam serta menjauhi sebarang kemaksiatan
  • mengajar yang jahil serta menyedarkan yang lalai
  • mengamankan manusia dari ketakutan dan mengamankan masyarakat dari persengkataan
  • menyuburkan penghayatan amal jamai' atau amalan berjemaah

No comments: