Assalamualaikum..... Salam Ramadhan Al Mubarak

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh ...Semoga terdiri dari kalangan mukmin yang bertaqwa dan senantiasa dalam rahmat serta keberkatan Allah SWT.

Search This Blog

Wednesday, September 29, 2010

We Will Not Go Down

-
(Song for Gaza)
(Composed by Michael Heart) Copyright 2009
-
A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they're dead or alive
-
They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze
-
We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight
-
Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who's wrong or right
-
But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze
-
We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

Boycott Israeli Products

list of products belongs to israeli

Berhati-hati dengan kurma keluaran Israel

Awas dengan kurma yang bercetak jenama ''Jordan River'' sebenarnya bukan berasal daripada Jordan tetapi dihasilkan dari negara israel dan diimport serta dikotakkan di Singapura tetapi diedarkan di Malaysia. Ia ditanam di suatu kawasan luas di bahagian timur Israel yang bersempadan dengan Palestin. Ia dimiliki oleh seorang ahli perniagaan Yahudi laknatullah dan ramai pekerja-pekerjanya berbangsa Yahudi. Hasil daripada jualan kurma itu digunakan untuk tabung orang-orang Yahudi laknatullah.
Pendedahan ini dibuat oleh akhbar Berita Harian Singapura. Para Muslimin sekalian diharap agar jangan membeli kurma jenis ini....Rakyat Palestin yang ditindas setiap hari dan di bunuh kejam Rejim Yahudi ini. Perangi Yahudi dalam apa jua cara sekalipun, walaupun dari segi ekonomi.

Institusi Masjid dan Peranannya

Masjid merupakan institusi yang sangat penting bagi memajukan serta membangunkan umat islam serta menegakkan tamadun islam....

Takrif Masjid
  • Berasal daripada perkataan arab ''sajada'', ''yasjudu'', ''sujudan'' yang membawa erty tunduk bersujud
Dalam konteks pengunaannya;
  • sesuatu kawasan yang mempunyai bangunan diperbuat daripada kau atau batu tetapi dikhaskan dan diniatkan untuk dijadikan masjid maka demikian ia menjadi masjid
  • bangunan orang Islam sujud ketika sembahyang, dalam erti kata lain, masjid merupakan bangunan rasmi untuk umat islam melaksanakan kegiatan ibadah yang buasanya mempunyai mimbar, mihrab, menara dan sebagainya
  • suatu binaan yang digunakan untuk solat jemaah, solat Jumaat, beriktikaf dan mempunyai kehormatan tertentu


Ciri-ciri masjid
  • Binaan yang digunakan untuk melakukan ibadah khususiyyah seperti solat, membaca al-Quran dan lain-lain kegiatan agama yang dibenarkan agama Islam

Konsep utama masjid
  • suatu bunaan yang dkhususkan kepada umat islam bagi melaksanakan ibadah
  • istimewa kerana umat islam berkewajipan untuk datang ke masjid sekurang-kurangnya sekali seminggu untuk menunaikan solat jumaat
  • nadi pembangunan masyarakat islam duniawi dan ukhrawi
  • sebagai tempat penyebaran ilmu, tempat bermuzakarah dan bermesyuarat dan majlis akad nikah dan sebagainya
  • syiar agama islam

Falsafah Masjid
  • mengukuhkan hubungan manusia dengan tuhan sekalian alam serta hubungan sesama persekitaran
  • meninggikan syiar islam serta menghapuskan kemunkaran dan kesyirikan
  • menyatupadukan umat tanpa mengira bangsa dan budaya serta mempertautkan ummah yang berpecah
  • mengajak manusia kepada ketakwaam serta menjauhi sebarang kemaksiatan
  • mengajar yang jahil serta menyedarkan yang lalai
  • mengamankan manusia dari ketakutan dan mengamankan masyarakat dari persengkataan
  • menyuburkan penghayatan amal jamai' atau amalan berjemaah

Thursday, September 2, 2010

Fenomena-fenomena alam menakjubkan bukti kekuasaan Ilahi.

Foto yang diambil di Makah menunjukkan pembentukan kalimah Allah daripada kepulan awan...Maha suci Allah

Kesan kalimah Allah pada sarang lebah. Bagaimanakah ia terhasil? Allah A'lam...

Imej daripada kedudukan angkasa lepas menunjukkan kepulan-kepulan awan membentuk kalimah Allah...Subhanallah hebatnya tuhan yang maha pencipta

Foto satelit diambil dari angakasa lepas memperlihat gelombang ombak besar yang melanda Sri Lanka yang membentuk seakan-akan kaligrafi kalimah Allah

Imej rekahan pada permukaan bulan menunjukkan yang bulan pernah terbelah





Tanda-tanda Kebesaran Allah SWT pada hasil tanaman

Kalimah Allah pada terung

Kalimah Allah pada mangga

Kalimah Allah pada helaian daun

Kalimah Allah pada sebiji labu

Pembentukan kalimah Allah pada pokok kaktus

Bukti-bukti Keagungan dan kebesaran Allah SWT pada binaan.

gambar 1
Gambar 2
Gambar kedua-dua di atas menunjukkan binaan Masjid Kobe di wilayah Jepun. Masjid ini tetap utuh serta tersergam berdiri walaupun pernah di bom oleh Britain pada tahun 1945.

Masjid Baitul Rahman di Banda Acheh tetap kukuh walaupun telah di landa ombak besar( Tsunami) yang telah mengorbankan banyak nyawa harta benda...Masha Allah... Ya Allah berikanlah kekuatan kepada umat Muslimen yang teguh pendirian serta keimanan kepada mu...

Binaan masjid di bandar Golcuk, Turkey masih kukuh berdiri serta tersergam sementara bangunan di sekitarnya musnah dan ranap dek bencana gempa bumi yang berlaku pada tahun 1999 yang merekodkan jumlah kematian melebihi 6000 penduduk..


Imbasan daripada satelit Amerika Syarikat IKONOS. Kelihatan bahagian Masjidil Haram bersinar serta bercahaya sementara kawasan di sekelilingnya tampak lebih kelam..Maha suci Allah....






Wednesday, September 1, 2010

Hukum bersanding dalam Islam

Bersanding adalah salah satu adat yang berlaku di dalam kenduri perkahwinan. Ada pandangan mengatakan bahawa ianya merupakan adat yang diambil daripada India. Ini seperti yang diterangkan oleh De Jong (Religions in the Malay Archipelago, Oxford Univ. press, 1965) dan Joginder Singh (Tata Rakyat, Longman, 1978) dan mereka berpendapat ia adalah pengaruh Hindu.

Antara matlamat diadakan kenduri kahwin adalah untuk melakukan pengisytiharan bahawa hubungan kedua mempelai adalah sah sebagai suami isteri. Di dalam mengadakan kenduri perkahwinan berkenaan, terdapat beberapa acara termasuklah upacara persandingan.

Bersanding berlaku dengan meletakkan kedua mempelai duduk bersebelahan di tempat yang dipanggil sebagai pelamin yang dihias indah untuk dipertontonkan kepada tetamu yang hadir.

Untuk mengetahui hukum upacara persandingan di dalam Islam, terlebih dahulu kita perlu mengetahui beberapa acara yang berkaitan dengan persandingan secara jelas bertentangan dengan agama Islam jika ia dilakukan.

  1. Penggunaan beras kunyit, jampi mentera semasa berandam, atau ketika mendirikan pelamin kononnya untuk menghalau hantu dan syaitan. Sabda Rasulullah s.a.w:

    عن أبي هريرة رضى الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه و سلم : من أتى عرّافا أو كاهنا فصَدَّقَه بما يقول فقد كفر بما أُنزِل على محمد.

    Maksudnya: "Diriwayatkan daripada Saidina Abu Hurairah r.a. katanya: Sabda Baginda s.a.w. : Sesiapa yang mendatangi dukun dan bomoh ,malah membenarkan apa yang disebutkan oleh dukun atau bomoh tersebut, Sesungguhnya (orang-orang yang mendatangi bomoh dan dukun sebegini) telah mengingkari apa yang diwahyukan kepada Baginda sallallahu alaihi wasallam."

  2. Melakukan beberapa larangan Allah seperti membuang bulu kening, mengikir gigi dalam upacara mengandam:

    لعن النبي صلى الله عليه وسلم الواصلة والمستوصلة ، والواشمة والمستوشمة .
    الراوي: عبدالله بن عمر المحدث: البخاري – المصدر: صحيح البخاري – الصفحة أو الرقم: 5940
    خلاصة حكم المحدث: [صحيح]

    Bermaksud: Nabi s.a.w melaknat orang yang menyambungkankan dan meminta rambutnya disambung, orang yang membuat tatto dan orang yang meminta dirinya untuk ditattoo.

  3. Berhias untuk membuat penampilan kepada orang ramai sehingga tidak menghiraukan lagi batasan syara’ dalam perhiasan diri seperti pengantin lelaki dipakaikan emas dan sutera, pengantin perempuan berpakaian membuka aurat dan bertabarruj secara jahiliyyah.

    وَلا تَبَرَّجْنَ تَبَرُّجَ الْجَاهِلِيَّةِ الأُولَى
    (Ahzab 33) .

    Firman Allah taala di dalam surah al- Nur ayat 31:

    وَلا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلاَّ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ وَلا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلاَّ لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ آَبَائِهِنَّ أَوْ آَبَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَائِهِنَّ أَوْ أَبْنَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي أَخَوَاتِهِنَّ أَوْ نِسَائِهِنَّ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُنَّ أَوِ التَّابِعِينَ غَيْرِ أُولِي الإِرْبَةِ مِنَ الرِّجَالِ أَوِ الطِّفْلِ الَّذِينَ لَمْ يَظْهَرُوا عَلَى عَوْرَاتِ النِّسَاءِ وَلا يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِنْ زِينَتِهِنَّ وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَا الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

    (Surah al-Nur 31)

    Maksudnya: "dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka ; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mertua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka , atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat wanita, dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah taala, wahai orang-orang yang beriman , supaya kamu berjaya."

  4. Melakukan pembaziran di dalam menyediakan kelengkapan untuk persandingan seperti singgahsana pelamin.al-Isra’ 26.

    "dan janganlah engkau membelanjakan hartamu dengan boros yang melampau."
    (Surah al-Isra’ 26)

    Al-Imam al-Jurjani mengatakan bahawa al-Israf ialah mengeluarkan harta lebih daripada perkara yang diperlukan.Manakala al-Tabzir pula ialah mengeluarkan harta bukan kepada perkara yang diperlukan (perkara maksiat).

Bersanding harus dengan syarat tidak melibatkan perkara-perkara di atas.

Hukum mewarnakan rambut

Islam adalah agama yang mementingkan kebersihan dari kecantikan. ini selaras dengan sabda nabi SAW yang bermaksud : "Sesungguhnya Allah itu cantik dan sukakan kecantikan dan ia bersih dan sukakan kebersihan".

Oleh yang demikian, perbuatan mewarnakan rambut selain daripada warna hitam adalah harus dengan syarat pewarna tersebut tidak mengandungi bahan-bahan najis dan telap air serta tidak bertujuan untuk menunjukkan kecantikan kepada orang lain.

Ulama telah bersepakat mengharuskan mencelup warna rambut dari warna hitam ke warna lain seperti merah dan lain-lain, samada dengan inai dan apa jua pewarna yang dibenarkan syarak. Mereka semua berdalilkan dengan hadith-hadith riwayat An-Nasaie, At-Tirmidzi, Ahmad, dan Muslim. Hampir kesemuanya mempunyai sanad hasan dan shohih dengan perawi yang thiqah. Bagaimanapun ia diikat dengan syarat berikut :-
1- Pewarna tersebut bukannya jenis yang kekal, jika tidak ia dikira mengubah ciptaan Allah SWT yang diharamkan.
2- Menggunakan pewarna yang suci dan halal.
3- Tidak mengakibatkan mudarat terhadap kesihatan individu. Seperti Kanser, kekeringan rambut dan merapuhkannya, atau alergik ataupun mudarat terhadap janin akibat bahan kimia pewarna tadi.
4- Memutihkan rambut iaitu dengan mengikis warna hitamnya dengan tujuan utk menghasilkan warna baru rambut yang lebih cantik, adalah makruh. kerana ia menukar ciptaan asal Allah.

HUKUM MENCELUP UBAN PUTIH KE HITAM
Ulama telah berbeza pandangan dalam hal ini seperti berikut :-

1. Makruh
Ia adalah pandangan Mazhab Maliki, Abu Hanifah, sebahagian ulama Syafie seperti Imam Ghazali, Al-Baghawi.

Tetapi kiranya ia dibuat untuk tujuan menakutkan musuh di dalam peperangan ia adalah HARUS.

Dalil mereka :
a) Sabda Nabi SAW : "Tukarlah ia (warna rambut, janggut & misai ) dan jauhilah dari warna hitam" (Shohih Muslim)
b) Berkata Ibn Umar ra : "Kekuningan pewarna para mukmin, kemerahan pewarna para Muslimin, Hitam pewarna puak Kuffar" (Riwayat At-Tobrani, Al-Haithami)

c) Nabi SAW bersabda : "Barangsiapa yang mewarnakan rambutnya dengan warna hitam, nescaya Allah akan menghitamkan wajahnya di akhirat kelak" (Al-Haithami, bagaimanapun Ibn Hajar berkata seorg perawinya agak lemah, bagaimanapun rawi tersebut diterima oleh Imam Yahya Mai'en dan Imam Ahmad)

d) Dalil aqal, ia dikira suatu penipuan.

2. Haram
Ia adalah pandangan Mahzab Syafie. Dikecualikan kiranya utk jihad. Mereka berdalil dengan dalil kumpulan pertama tadi.

3. Harus tanpa Makruh
Ia adalah pandangan Imam Abu Yusof dan Ibn Sirin.

Dalil mereka :
a) Sabda Nabi SAW : "Sebaik-baik pewarna yang kamu gunakan adalah warna hitam ini, ia lebih digemari oleh isteri-isteri kamu, dan lebih dpt menakutkan musuh" (Riwayat Ibn Majah, bagaimanapun ia adalah hadith Dhoif)
b) Diriwayatakan bahawa sahabat dan tabi'ein ramai juga yang mewarnakan rambut mereka dengan warna hitam. Antara Sa'ad, ‘Uqbah bin ‘Amir, Az-Zuhri dan diakui oleh Hasan Al-Basri. (Lihat Fath al-Bari, Majma' az-Zawaid dan Tahzib al-Athar oleh At-Tabari)

Suka disebutkan di sini setiap mazhab mempunyai dalil masing-masing yang tidak dpt disebutkan kesemuanya di sini, demi meringkaskan tulisan ini.

Kesimpulan Hukum
Akibat terdapat zahir hadith dan athar yang bertembung antara satu sama lain, maka fuqaha mengambil jalan membuat takwilan bagi menggabungkan hadith-hadith ini. Ia seperti berikut :

a) Hadith larangan adalah menujukan kepada larangan penipuan umur yang tua akibat tua dan uban maka dihitamkan bagi kelihatan lebih muda. Tidak kira dari kalangn lelaki mahupun perempuan. Ia dilarang oleh Islam.

b) Adapun hadith yang mengharuskan adalah dalam keadaan dan sebab2 yang diiktiraf oleh syarak, seperti perang bagi menakutkan musuh, ataupun ia tidak mengandungi unsur penipuan, seperti merawat penyakit dan lain-lain.